Oppo Mengacah Oppo Reno3 Pro 5G – Peranti 5G Paling Nipis Setakat Ini

Oppo Mengacah Oppo Reno3 Pro 5G – Peranti 5G Paling Nipis Setakat Ini

Diterbitkan pada November 29, 2019 oleh .

Oppo Reno adalah siri peranti baharu daripada Oppo, bagi menggantikan siri Oppo R dan lebih memfokuskan kepada siri Find X. Sehingga hari ini sudah ada banyak peranti dalam siri Reno ini, dari generasi pertama Reno, generasi kedua Reno2 dan juga versi pertengahan permulaan seperti Oppo Reno2 F dan banyak lagi.

Terkini, Brian Shen selaku nain presiden Oppo dan presiden pemasaran global Oppo telah mengicau gambar acah Oppo Reno3 Pro 5G. Tidak banyak yang boleh dilihat dari gambar acah ini. Tetapi apa yang pasti adalah, ia mempunyai rekaan yang amat mirip dengan Samsung Galaxy – tetapi sisinya lebih petak. Bukan itu sahaja, ia juga kelihatan amat nipis dan ada kemungkinan besar seksi. Jika benar peranti ini nipis, ia mungkin akan menjadi peranti 5G paling nipis setakat ini. Menurut Brian, tebal peranti ini hanya 7.7mm tanpa bonjol kamera. Tambahan beliau lagi, peranti ini adalah peranti 5G dwi-mod seperti mana peranti-peranti sekarang yang kedua-dua slot sim menyokong 4G.

Besar kemungkinan peranti ini akan diperkenalkan pada tahun 2020. Tarikh tepat tidak dikongsi, jadi untuk info lanjut teruskan ikuti perkembangan berita teknologi kami di Amanz.


TIPS & ULASAN