Carian
Realme Menerbit Tutorial Rasmi Untuk Menyahkunci Bootloader Realme X2 Pro
November 29, 2019 Fahim Zahar

Realme X2 Pro adalah pengganti kepada Pocophone F1. Kenapa? Kerana, peranti mercu Realme ini mempunyai spesifikasi yang gila hebat – Snapdragon 855+, skrin 90Hz Fluid Display Super AMOLED, RAM sehingga 12GB, storan dalaman UFS 3.0 sehingga 256GB dan dijual pada harga serendah sekitar RM1500 (penukaran mata wang dari Yuan).

Peranti ini juga boleh dikatakan pengganti kepada OnePlus One yang dahulunya terkenal dengan pembunuh peranti mercu dan mesra komuniti. Pembangunan custom ROM peranti OnePlus sudah tidak sehebat era OnePlus One lagi. Saya katakan begini kerana, Realme baru sahaja menerbit tutorial rasmi untuk menyahkunci bootloader peranti Realme X2 Pro secara rasmi. Ini bermakna, Realme membenarkan peranti ini untuk diubahsuai, dimodifikasi atau diroot. Lebih menarik, tidak kira apa jua masalah berlaku akibat memasang custom ROM, root atau lain-lain modifikasi pengguna masih boleh menuntut jaminan rasmi.

Bagi yang berminat, anda boleh pergi laman web rasmi Realme untuk melakukannya. Pada awal, langkahnya agak sukar dan tidak seperti peranti lain – tetapi jika ikut sahaja arahan dan pasti tiada masalah akan berlaku. Realme memerlukan pengguna muat turun aplikasi khas dan memasang melalui fail .APK yang diberikan untuk proses ini berjaya. Kemudian, baru gunakan langkah klasik, iaitu arahan dari command prompt. Dengan tutorial rasmi ini juga memberi petanda yang kelak akan ada banyak custom ROM dan pelbagai mod Magisk. Moga maju jaya, bagi mereka yang ingin melakukannya.

Komen