Cari @ Amanz

Oppo Malaysia kini telah pun melancarkan telefon pintar edisi terhad mereka, Oppo Reno 10x Zoom dengan memori sebanyak 12GB RAM. Ia akan dijual bermula 7 Disember 2019 ini, dan membawakan tanda harga sebanyak RM3399 di Malaysia.

Oppo Reno 10x Zoom hadir dengan rekaan yang agak unik, menggunakan kamera pop-naik dan rekaan skrin menyeluruh dihadapan.

Ia dilengkapi skrin 6-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, memori sehingga 12GB RAM, dan storan 256GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain kamera swafoto 16-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 4065mAh dengan sokongan pengecasan pantas padanya.

Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan zum, dimana selain penawaran zum optikal sehingga 5x, ia juga turut menyertakan sokongan zum digital sehingga 60x.

Bagi anda yang meminati peranti ini, boleh mendapatkannya pada harga RM3399 di Malaysia untuk versi 12GB RAM ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd