Lew Dari Unbox Therapy Kini Hadir Dengan Kerangka Pelindung Peranti Tersendiri

Lew Dari Unbox Therapy Kini Hadir Dengan Kerangka Pelindung Peranti Tersendiri

Diterbitkan pada Dis 2, 2019 oleh .

Kebanyakan peranti mercu yang berada di pasaran sekarang menggunakan bahan binaan dari kaca, bingkai besi atau aluminium atau juga plastik. Tidak kira apa jua kemasan yang digunakan, calar, retak atau kotoran cap jari pasti akan berlaku. Cara melindunginya adalah dengan kerangka pelindung atau dengan pelekat vinil.

Lew dari saluran YouTube Unbox Therapy, kini menghasilkan kerangka pelindung tersendiri melalui jenama Latercase bagi mengatasi masalah-masalah ini. Jenama ini selari dengan saluran YouTube bicarawara beliau LaterClips. Kerangka pelindung ini dibina berasaskan bahan gentian aramid dengan kemasan matte yang mempunyai cengkaman yang baik.

Tebal hanya 0.6mm and berat sekitar 9 gram – 11 gram. Sayang sekali, ia bukannya kerangka pelindung tahan lasak seperti Grip dari Dbrand, Crashguard dari Rhinoshield atau Otterbox. Ia hanya kerangka pelindung yang ingin melindung dari cacat cela yang berlaku pada peranti dan memastikan peranti tidak begitu tebal. Akan tetapi, pada bahagian kamera ia sedikit tebal bagi memastikan lensa kamera terlindung dan peranti tidak terjongket di permukaan rata.

Harga jualan agak mahal, iaitu $45, sekitar RM188. Jika dihantar ke Malaysia, pengantaran $10 akan dikenakan – secara tidak langsung menjadikan harga jumlah adalah RM230.


TIPS & ULASAN