Carian
Kerajaan Bekerja Keras Untuk Membasmi Gejala Buli Siber Di Laman Media Sosial
December 2, 2019 Nazrin

Isu pembulian siber di laman-laman media sosial semakin menular, terutamanya di laman-laman media sosial kebelakangan ini, dan justeru itu, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilihat sedang berusaha keras untuk membasmi gejala ini daripada sudut para pengguna media sosial tempatan.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa pihak SKMM telah mengesan sebanyak 3877 akaun media sosial yang merupakan akaun palsu sejak 2018 sehinggalah September 2019, dan sekitar 78 peratus daripada akaun-akaun tersebut telah dipadamkan pada jangkamasa yang sama.

Bukan itu sahaja, sebanyak 1564 pautan ke artikel-artikel palsu juga telah dikesan, dan sekitar 63 peratus daripada pautan-pautan tersebut telah dipadamkan pada jangkamasa yang sama juga.

Orang ramai dinasihati untuk melaporkan gejala-gejala buli siber ke pihak SKMM supaya tindakan dapat diambil keatas akaun-akaun yang mengganggu ketenteraman digital awam.

Komen