Ahli Astronomi Menemui Lohong Hitam Gergasi Dengan Jisim 70 Kali Ganda Lebih Besar Daripada Matahari

Ahli Astronomi Menemui Lohong Hitam Gergasi Dengan Jisim 70 Kali Ganda Lebih Besar Daripada Matahari

Diterbitkan pada Dis 2, 2019 oleh .

Penemuan lohong hitam bukanlah sesuatu yang baru. Malah, fenomena ini, yang berlaku apabila sebuah bintang mencapai akhir hayatnya, boleh dikategorikan kepada beberapa jenis lohong.

Terkini, beberapa ahli astronomi daripada China telah menemui sebuah lohong hitam gergasi ( stellar black hole) yang dikatakan jauh lebih besar daripada lohong hitam didalam kategori yang pernah ditemui sebelum ini.

Lohong hitam gergasi tersebut,yang dinamakan LB-1 terletak didalam galaksi Bima Sakti dan dikatakan mempunyai jisim 70 kali ganda lebih besar daripada matahari. Sebelum ini, lohong hitam didalam kategori stellar black hole ini biasanya hadir sekitar saiz 25 kali ganda lebih besar daripada matahari.

Ahli-ahli astronomi tersebut menggunakan teleskop Large Sky Area Multi-Object Fiber Spectroscopic Telescope (LAMOST) dari China yang dibina untuk mencari bintang yang mengorbit objek halimunan, dan didalam kes ini, sebuah lohong hitam.

Mereka kemudiannya menggunakan teleskop Keck-1 dari Amerika Syarikat dan Gran Telescopio Canarias dari Sepanyol untuk mengesahkan sifat bintang-bintang dan lohong hitam tersebut.

Apa yang menarik mengenai penemuan ini ialah ia bercanggah dengan pemahaman manusia sekarang mengenai bagaimana lohong hitam dibentuk. Pengiraan dari segi saiz dan sebagainya perlu difikirkan semula.


TIPS & ULASAN