Nikmati Sistem Audio Yang Lebih Imersif Dengan HUAWEI FreeBuds 3

Nikmati Sistem Audio Yang Lebih Imersif Dengan HUAWEI FreeBuds 3

Diterbitkan pada Dis 3, 2019 oleh .

Fon telinga merupakan salah satu aksesori yang penting kepada setiap pengguna telefon pintar masa kini. Jika dahulu ia merupakan aksesori berwayar, kini aksesori ini sudahpun melalui beberapa inovasi dimana kebanyakkan fon telinga masa sekarang sudahpun membawakan rekaan nirwayar, malah ada juga ditawarkan dengan sokongan pembatalan hingar (noise cancelling). Begitu juga dengan fon telinga daripada HUAWEI iaitu HUAWEI FreeBuds 3 dimana ia merupakan aksesori yang dilengkapi dengan rekaan nirwayar, dan menerima sokongan pembatalan hingar yang aktif.

Fon telinga daripada HUAWEI ini merupakan keluaran terbaru mereka yang dikuasakan oleh janaan cip baharu, iaitu Kirin A1 dimana ia dikatakan adalah untuk mengawal kualiti audio dan memudahkan proses sambungan aksesori kepada peranti. Apa yang lebih mengagumkan adalah HUAWEI FreeBuds 3 ini boleh disambungkan kepada siri HUAWEI Mate 30 dengan mudah sahaja yang dikatakan mengambil masa hanya satu saat sahaja.

Dilengkapi Dengan Fungsi Pembatalan Hingar Yang Aktif Menjadikannya Lebih Selesa Untuk Digunakan

Dari segi rekaan, fon telinga ini membawakan rekaan jenis terbuka dan berbentuk seperti kepala ikan lumba-lumba (dolphin). Ia dikatakan mudah untuk dipakai dengan lebih dekat kedalam telinga dan baik untuk keselesaan telinga anda apabila dipakai dalam jangka masa yang panjang. Malah, fon telinga ini juga dilengkapi dengan efek stereo yang baik, kualiti bunyi yang jelas dan juga latensi ultra-rendah (ultra-low latency). Kita umum mengetahui bahawa prinsip pembatalan hingar ini adalah dengan menghantar gelombang bunyi berbalik (reverse sound wave) kepada bunyi yang bising untuk membatalkannya. Jadi, lebih cepat penghantaran isyarat akustik berbalik kepada hingar, lebih baik prestasi pembatalan hingar ini dilakukan. Itulah yang terjadi pada HUAWEI FreeBuds 3.

Fon telinga ini sangat sesuai untuk digunakan apabila kita berada di tempat awam. Semestinya kita tidak ingin mengganggu ketenteraman awam dengan audio yang keluar daripada telefon pintar kita. Tetapi, anda juga inginkan masa sendiri untuk mendengar lagu dan HUAWEI Freebuds 3 adalah aksesori telinga yang cukup baik untuk mengisi kesunyian anda.

Walaupun anda berada di tempat yang bising dan dipenuhi dengan orang ramai, seperti di dalam LRT atau MRT, anda semestinya masih dapat mendengar bunyi bising walaupun telah memakai fon telinga yang biasa. Namun, ia berbeza sekiranya anda menggunakan HUAWEI FreeBuds 3 ini. Hal ini adalah kerana fon telinga ini mampu untuk mengurangkan bunyi hingar di sekeliling sehingga setengah selepas fungsi pembatalan hingar diaktifkan. Apabila fungsi ini diaktifkan, dan pembatalan hingar dilakukan, anda hanya perlu meninggikan audio anda kepada 30% hingga 40% sahaja untuk mendengar audio daripada fon telinga ini dengan jelas. Dengan pengaktifan mod ini pada HUAWEI FreeBuds 3, anda tidak lagi mendengar bunyi brek keretapi, hon kereta dengan kuat.

Jika sebelum ini kita sering susah untuk dihubungi apabila kita berada dibawah tanah, seperti parkir dan juga LRT atau MRT bawah tanah. Kini dengan HUAWEI FreeBuds 3, ia membolehkan anda untuk menjawab panggilan telefon dengan suara yang jelas, daripada pihak pemanggil atau pun anda sendiri ketika anda berada di kawasan bawah tanah. Hal ini adalah kerana HUAWEI FreeBuds 3 ini dilengkapi dengan pembatalan hingar bone voiceprint (bone voiceprint noise reduction) dan rekaan wind-drying catheter.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan kesan pembatalan hingar ini pada HUAWEI FreeBuds 3 dengan spesifik berdasarkan situasi sekeliling. Buat masa ini, fon telinga ini menawarkan 9 parameter berbeza untuk anda menggunakannya mengikut struktur telinga dan cara pemakaiannya. Jadi, sekiranya anda berada di kedai kopi, anda boleh aktifkan parameter pembatalan hingar ini untuk mendapatkan kesan pembatalan hingar yang lebih baik.

Nikmati Audio Dan Video Dengan Latensi Ultra-Rendah Melalui Bantuan Cip Kirin A1

Bukan sekadar mod pembatalan hingar, HUAWEI FreeBuds 3 ini juga dilengkapi dengan fungsi latensi yang rendah, penggunaan kuasa yang kurang dan kestabilan yang tinggi. Apa yang lebih menarik tentang HUAWEI FreeBuds 3 ini adalah, ia hadir dengan janaan cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI, iaitu cip Kirin A1, dan sistem penghantaran dengan teknologi dwi saluran dalam masa yang sama. Dengan sokongan ini, ia membolehkan anda untuk mendapatkan bunyi audio yang selari dengan video dan tidak lengah masa.

Audio stereo pada HUAWEI FreeBuds 3 ini juga turut mengagumkan dimana ia juga sesuai untuk pendengaran para pemain permua. Dengan butang “plane” pada telefon pintar anda selepas ia disambungkan dengan fon telinga ini, anda boleh mendapatkan sistem audio dan efek bunyi yang imersif yang mana ia dapat membezakan bunyi di bahagian kiri dan kanan anda. Melaluinya, anda kini boleh mengecam bunyi dengan lebih efektif dan lancar dari mana musuh datang. Prestasi permainan anda kini lebih baik dengan menggunakan HUAWEI FreeBuds 3 sekaligus memberi peluang untuk anda memenangi permua tersebut.

Sekiranya anda bukan seorang pemain permua yang tegar, anda tidak perlu risau kerana HUAWEI FreeBuds 3 ini juga sesuai untuk anda menonton tayangan video. Dengan memakai fon telinga ini, anda boleh menikmati sistem audio yang baik dimana ia dilengkapi dengan latensi yang rendah yang membuatkan paparan video selari dengan audio yang dikeluarkan. Dengan efek bunyi stereo, anda kini boleh menikmati tayangan video yang lebih sinematik.

Ketahanan Bateri Yang Lama Menjadikannya Lebih Mudah Untuk Dibawa Kemana Sahaja

Hasil daripada pengekodan AAC (AAC Coding) pada HUAWEI FreeBuds 3 ini membolehkan anda untuk mendapatkan kestabilan dan keseimbangan penggunaan kuasa yang baik. Juga dibantu oleh cip Kirin AI, penggunaan kuasa pada fon telinga ini juga adalah rendah, yang membuatkan baterinya dapat bertahan lama. Menurut HUAWEI sendiri, dengan sokongan pembatalan hingar pada fon telinga ini membuatkannya hanya menggunakan 20% bateri sahaja selama satu jam penggunaan, dan dapat bertahan selama 4 jam untuk mendengar lagu.

Bukan itu sahaja, HUAWEI FreeBuds 3 ini turut hadir dengan bekas pengecasannya tersendiri yang menjadikan jangka hayat bateri dapat bertahan lama dengan hanya sekali pengecasan sahaja. Malah, sekiranya anda terlupa untuk membawa bekas pengecasannya, anda boleh gunakan telefon pintar HUAWEI Mate 30 anda sebagai alat pengecasan kerana fon telinga ini menyokong untuk menerima pengecasan berbalik daripada HUAWEI Mate 30, samaada secara berwayar atau juga nirwayar.


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, fon telinga HUAWEI FreeBuds 3 ini adalah berbaloi untuk dimiliki. Hal ini adalah kerana ia dilengkapi oleh cip yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI, iaitu Kirin A1 yang membantu prestasi fon telinga ini untuk berfungsi dengan lebih baik, dari segi latensi ultra rendah, penyelarian audio yang baik, kualiti audio yang mengagumkan, dan jangka hayat bateri yang lama. Dengan memadankan fon telinga ini bersama siri HUAWEI Mate 30, ia sekaligus memudahkan lagi perjalanan harian anda.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk memiliki HUAWEI FreeBuds 3 ini, bolehlah dapatkannya melalui laman rasmi HUAWEI atau kedai-kedai rasmi mereka yang terdekat bermula esok, iaitu pada 4 November. Di Malaysia, fon telinga ini dipasarkan pada harga RM679 sahaja, manakala siri HUAWEI Mate 30 adalah bermula pada harga RM2799. HUAWEI juga baru baru ini telah melancarkan storan awan mereka sendiri untuk para pengguna telefon pintar siri HUAWEI Mate 30 dengan penawaran 50GB. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu menebusnya dengan hanya log masuk menggunakan HUAWEI ID anda di bahagian tetapan dan nikmati 50GB storan awan secara percuma selama 3 bulan.

Beli : HUAWEI FreeBuds 3 Melalui Laman Rasmi HUAWEI 

Penafian : Ini adalah advertorial yang dibawakan oleh Huawei Malaysia.


TIPS & ULASAN