Facebook Mengumumkan Sokongan Pemindahan Gambar Dari Facebook Ke Google Photos

Facebook Mengumumkan Sokongan Pemindahan Gambar Dari Facebook Ke Google Photos

Diterbitkan pada Dis 2, 2019 oleh .

Facebook hari ini mengumumkan pengenalan kemudahan pemindahan data milik pengguna ke perkhidmatan lain mengikut pilihan pengguna. Untuk peringkat permulaan, Facebook memperkenalkan sebuah perisian khusus yang membolehkan pengguna Facebook memindahkan gambar dan video dari Facebook ke perkhidmatan lain – bermula dari Google Photos.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ciri ini diperkenalkan untuk pengguna di Ireland terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada pengguna dinegara-negara lain bermula 2020 kelak.

Facebook mengatakan pengguna boleh memindahkan semua data berkaitan gambar dan video – termasuk metadata dan sebagainya dengan mudah. Pemindahan ke Google Photos sahaja diperkenalkan buat masa ini, dan perkhidmatan lain dijangka ditambah dari masa ke semasa.

Langkah Facebook ini adalah sebahagian daripada inisiatif dibawah Data Transfer Project yang turut disertai oleh sejumlah syarikat-syarikat lain. Dengan langkah ini juga, ia akan memudahkan lagi pengguna membawa data-data milik mereka dengan mudah dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan lain mengikut kebebasan mereka.


TIPS & ULASAN