AWS DeepComposer Merupakan Papan Nada Dengan Pembelajaran Mesin Yang Mampu Menggubah Lagu

AWS DeepComposer Merupakan Papan Nada Dengan Pembelajaran Mesin Yang Mampu Menggubah Lagu

Diterbitkan pada Dis 2, 2019 oleh .

Hari ini bermulanya acara tahunan AWS Re:Invent yang akan menyaksikan pelbagai kemaskini perkhidmatan terbaru dari gergasi penyedia infrastruktur internet ini. Menjadi tradisi tahunan untuk berkongsi perkara menarik pada malam sebelum acara dan tahun ini terdapat satu peranti dari AWS bagi menyemarakkan kajian dalam kecerdasan buatan.

Jika tahun-tahun sebelum ini mereka telah menunjukkan AWS DeepLens iaitu kamera dengan kecerdasan buatan dan AWS DeepRacer iaitu kereta mainan yang dipandu dengan proses Reinforced Learning, kali ini mereka hadir dengan papan nada (music keyboard) yang boleh digunakan untuk menggubah lagu dibantu dengan kecerdasan buatan iaitu AWS DeepComposer.

AWS DeepComposer merupakan papan nada yang direka untuk pembangun bagi memanfaatkan kecerdasan buatan yang dinamakan Generative Adversarial Networks (GAN). Pembangun boleh merekod melodi lagu yang diinginkan menggunakan peranti ini, atau menerusi AWS Console. Melodi lagu yang direkodkan kemudian boleh digubah menerusi genre muzik yang dipilih pembangun. Pembangun juga boleh memilih alatan muzik untuk menghasilkan genre mereka yang tersendiri.

Seperti contoh diatas, pembangun AWS ini telah memilih lagu Beethoven, iaitu ‘Ode to Joy’ dan kemudian memilih genre ‘rock’. Dari pilihan tersebut, pembangun ini telah memilih alatan muzik yang berbeza dan dibawah merupakan hasil yang dijana AWS DeepComposer.

Buat masa ini ia hanya tersedia menerusi AWS Console dan tiada maklumat diketahui bilakah papan nada ini akan dilancarkan.

Daftar: AWS DeepComposer


TIPS & ULASAN