Kemaskini Disember & Terakhir Pixel 2016 Kini Diedarkan, Kemaskini Pixel 4 Minggu Hadapan

Kemaskini Disember & Terakhir Pixel 2016 Kini Diedarkan, Kemaskini Pixel 4 Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 3, 2019 oleh .

Pixel dan Pixel 2016 adalah peranti mercu pertama yang dihasilkan oleh Made by Google. Tahun 2019, bermakna sudah tiga tahun dan Google hanya berikan kemaskini kepada peranti mereka untuk 2 tahun kemaskini sistem operasi dan 3 tahun kemaskini bulanan. Tetapi, Pixel/Pixel XL diberi peluang sehingga Android 10. Dua peranti ini juga sudah dihentikan sokongan dan Disember adalah kemaskini tampalan sekuriti terakhir buat peranti ini.

Hari ini, Google telah mengedarkan kemaskini Disember untuk kesemua Pixel. Hari ini juga hari terakhir Pixel/Pixel XL disokong oleh Google sepenuhnya. Pixel 2, Pixel 3, Pixel 3a juga telah menerima kemaskini ini dengan sokongan Live Caption, kemampuan mengubah tema, kawalan gestur penuh pada pelancar pihak ketiga dan beberapa fungsi lain yang sebelum ini khusus untuk Pixel 4.

Bercakap mengenai Pixel 4, kemaskini Disember hanya akan diedarkan minggu hadapan bersama-sama dengan masalah bunyi bising pada aplikasi kamera pihak ketiga dibaiki. Turut tersenarai adalah aplikasi “Pixel Wallet”, yang berkemungkinan adalah Google Pay tetapi khusus untuk peranti Pixel. Apa-apa pun, nantikan sahaja kemaskini ini minggu hadapan.

Sumber: Android [1], [2]


TIPS & ULASAN