Carian
Mod Kapal Terbang Pada Android 11R Tidak Akan Mematikan Bluetooth
December 3, 2019 Fahim Zahar

Mod kapal terbang terdapat pada semua peranti pintar. Ia adalah fungsi bagi mematikan semua fungsi radio, komunikasi atau modem seperti WiFi, Bluetooth, dan juga data. Frekuensi dari setiap ini dikatakan akan mengganggu ketika dalam kapal terbang, oleh itu mod kapal terbang perlu diaktifkan.

Jika dalam kapal terbang, ya data dan WiFi tidak diperlukan. Tetapi Bluetooth, ramai akan menggunakannya untuk menambat aksesori audio dan digunakan ketika menonton video. Kini dalam AOSP gerrit, terdapat satu entri berjudul “Context-aware Bluetooth airplane mode” yang mana adalah permohonan untuk tidak mematikan Bluetooth apabila mod kapal terbang diaktifkan. Butiran lanjut adalah, jangan mematikan Bluetooth jika Bluetooth A2DP disambungkan dan jika bantuan pendengaran sedang digunakan.

Gerrit ini walau bagaimanapun masih belum disatukan dalam kod AOSP. Jadi ada kemungkinan besar kelak dalam Android 11R, mod kapal terbang akan menjadi lebih pintar dari sekarang.

Komen