Samsung sedia terkenal dengan penawaran sejumlah peranti menarik daripada mereka, termasuk salah satunya adalah dibawah keluarga Galaxy A. Terbaru, Samsung dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan siri Galaxy A terbaru, untuk tahun 2020.
Melalui video acah yang hadir, Samsung Vietnam memperlihatkan peranti berkenaan bakal dilancarkan pada 12 Disember ini. Ia memperlihatkan rekaan skrin berlubang – lebih kurang seperti gambar dibawah Galaxy A51 yang tertiris sebelum ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah peranti yang akan diperkenalkan, dan bilakah ia akan ditawarkan di Malaysia. Dengan tarikh 12-12 menjelang tiba, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh pihak Samsung melalui keluarga peranti baru ini.