Google Menambah Sokongan Permesejan Pada Google Photos

Google Menambah Sokongan Permesejan Pada Google Photos

Diterbitkan pada Dis 4, 2019 oleh .

Google boleh dikatakan tiada pengalaman yang baik dengan aplikasi permesejan sebelum-sebelum ini, dimana kebanyakkannya boleh dikatakan tidak begitu berjaya. Walaubagaimanapun, Google tidak berputus asa dengan perkara berkenaan. Terbaru, Google turut menambah sokongan permesejan pada aplikasi perkongsian gambar mereka, Google Photos.

Melalui sokongan ini, pengguna boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan lain di Google Photos, sekaligus memilih untuk berkongsi gambar dan sebagainya dengan mudah.

Google Photos Permesejan

Seperti biasa, pengguna turut boleh membuat “Group” untuk perkongsian gambar atau permesejan. Google mengatakan langkah ini bukan untuk menggantikan aplikasi permesejan di luar sana – tetapi lebih kepada memudahkan pengguna berkongsi gambar dan bersembang berkaitan dengannya tanpa perlu meninggalkan aplikasi Google Photos.

Fungsi baru ini diperkenalkan secara berperingkat oleh Google bermula hari ini untuk Android, iOS dan juga pada versi web.


TIPS & ULASAN