CEO Google Kini Turut Dilantik Menjadi CEO Alphabet – Pengasas Google Mengundurkan Diri

CEO Google Kini Turut Dilantik Menjadi CEO Alphabet – Pengasas Google Mengundurkan Diri

Diterbitkan pada Dis 4, 2019 oleh .

Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin hari ini mengumumkan yang mana kedua-dua mereka akan mengundurkan diri daripada jawatan CEO dan Presiden untuk Alphabet, dan mereka akan digantikan oleh Sundar Pichai yang kini menjadi CEO Google.

Untuk makluman, Alphabet sebelum ini telah ditubuhkan pada 2015 yang lepas, sebagai ibu syarikat untuk pelbagai syarikat-syarikat dibawah Google sebelum ini.

Langkah peralihan ini dikatakan adalah salah satu usaha dalam memudahkan lagi syarikat beroperasi lebih efisien berbanding sebelumnya. Perkara ini sekaligus membuatkan Sundar Pichai kini bertugas sebagai bukan sahaja CEO Alphabet, tetapi juga CEO Google.

Kedua-dua pengasas Google berkenaan akan terus kekal sebagai ahli lembaga yang aktif selepas peralihan ini.



TIPS & ULASAN