Oppo Bakal Melancarkan Telefon 5G Dengan Snapdragon 865 Pada Awal 2020
December 4, 2019
Oppo
Aman
Qualcomm hari ini telah pun memperkenalkan cip pemprosesan generasi baru mereka, Snapdragon 865 secara rasminya. Selari dengannya, beberapa pengeluar turut telah menyatakan bakal hadir dengan peranti menggunakannya.

Selain Xiaomi, kini pihak Oppo turut telah mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan telefon pintar menggunakan Snapdragon 865 pada suku pertama 2020 kelak. Buat masa ini, model yang akan menggunakannya masih tidak diketahui lagi.
Pada masa yang sama, Oppo turut mengatakan yang mana Reno3 Pro berasaskan kepada Snapdragon 765G akan dilancarkan pada bulan ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.