Carian
AMD
AMD Memperkenalkan Siri CPU Ryzen Embedded Khusus Untuk Kegunaan Oleh Komputer Bersaiz Padat Dalam Pelbagai Industri
December 4, 2019 Nazrin

Industri komputer bersaiz padat yang dipopularkan oleh Intel melalui komputer-komputer Next Unit of Computing (NUC) mereka nampaknya akan menerima satu lagi .pilihan dari segi cip pemprosesan melalui AMD.

AMD baru-baru ini telah memperkenalkan siri CPU terbaru mereka yang dinamakan AMD Ryzen Embedded yang dihasilkan khusus untuk tujuan kegunaan oleh komputer-komputer padat ini. Dua model yang diumumkan termasuklah AMD Ryzen Embedded V1000 dan R1000.

Dari segi spesifikasi, CPU Ryzen Embedded V1000 hadir dengan empat teras dan lapan bebenang kuasa, dan mempunyai frekuensi maksima 3.8GHz, manakala CPU Ryzen Embedded R1000 pula mempunyai dua teras fizikal, empat bebenang kuasa dan kelajuan 3.5GHz.

AMD juga mengesahkan bahawa cip-cip pemprosesan Ryzen Embedded ini akan diberi sokongan jangkamasa panjang selama 10 tahun, jadi rakan-rakan industri tidak perlu risau mengenai keperluan untuk menukar komputer-komputer tersebut setiap dua ke tiga tahun.

CPU ini hanya akan dijual melalui rakan-rakan pembina komputer padat OEM, seperti ASROCK Industrial, EEPD, OnLogic dan SimplyNUC, dan akan digunakan untuk tugasan perindustrian seperti perkilangan, paparan iklan 4K dan sebagainya.

Komen