Di acara AWS Re:Invent yang sedang berlangsung di Las Vegas sekarang, Amazon Web Services dilihat memperkenalkan pelbagai jenis perisian dan perkhidmatan baru yang memudahkan kerja pengguna-pengguna perkhidmatan AWS.
Menurut jurucakap AWS, perkhidmatan CodeGuru ini dibina menggunakan model kecerdasan buatan daripada 10,000 projek sumber terbuka yang popular yang menggunakan IDE (Integrated Development Environment) terkini.
CodeGuru juga telah diuji sendiri oleh Amazon, dan digunakan untuk mengoptimasikan 80,000 jenis aplikasi dalaman, dan telah mengurangkan penggunaan cip pemprosesan sebanyak 325 peratus dan penggunaan kuasa sebanyak 39 peratus dalam masa setahun.
CodeGuru mengambil-kira sekiranya pengaturcara sedang melanggar amalan pengaturcaraan AWS, dan akan mengesyorkan cara-cara terbaik untuk mengelakkan isu-isu yang sering membelenggu pengatucara apabila bekerja dengan projek-projek perisian yang besar.
Ia juga membantu pengguna untuk membetulkan kod-kod pengaturcaraan mereka, disamping memberitahu mereka bagaimanakah pengaturcaraan mereka boleh ditulis dengan lebih cekap untuk mengurangkan penggunaan kuasa pemprosesan yang boleh menjimatkan kos kuasa dalam jangka-masa panjang.