Ini ialah Spesifikasi Penuh Snapdragon 865 – 25% Lebih Berkuasa Berbanding Snapdragon 855

Ini ialah Spesifikasi Penuh Snapdragon 865 – 25% Lebih Berkuasa Berbanding Snapdragon 855

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

Semalam pemproses mercu Snapdragon 865 dan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 765/765G diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm di acara Snapdragon Summit. Pagi ini mereka akhirnya berkongsi spesifikasi penuh pemproses yang akan digunakan pada peranti mercu Android pada suku pertama 2020 kelak.

Snapdragon 865 masih dilengkapi lapan teras cip dan dihasilkan menerusi teknologi 7nm TSMC. Lapan teras digunakan dengan konfigurasi 1+3+4 sama seperti Snapdragon 855. Ia terdiri daripada satu teras 2.84 GHz Kryo 585, tiga teras 2.4 GHz Kryo 585 dan empat teras 1.8GHz Cortex A55. Kryo 585 ialah cip custom yang berasaskan Cortex A77. Menurut Qualcomm kuasa memproses Snapdragon 865 adalah 25% lebih tinggi berbanding Snapdragon 855 dengan dengan pengurangan penggunaan tenaga sehingga 25%.

Pada waktu yang sama ia dipadankan pula dengan GPU baharu Adreno 65o yang juga 25% lebih berkuasa berbanding Adreno 64o pada Snapdragon 855. Dengan teknologi Snapdragon Elite Gaming. peranti boleh menyokong grafik yang dikatakan setanding desktop. Paparan skrin HDR dengan kadar segar semula 144Hz juga boleh dilakukan untuk menikmati pengalaman permua yang lebih lancar,

Dengan penggunaan cip ISP Spectra 480 pula, kamera sehingga 200 MP bole disokong dengan kemampuan merakam gambar HDR sehingga 2 Gigapixel sesaat, video 8K 30 FPS, 4K 120FPS, rakaman video HDR Dolby Vision pertama pada peranti bukan profesional dan gerak perlahan 720P 96oFPS tanpa had masa, Ketika video sedang dirakam, gambar statik masih boleh diambil pada resolusi 64 MP.

Kemampuan kecerdasan buatan Qualcomm AI Engine generasi kelima pula meningkat dua kali ganda ke 15 TOPS berbanding Snapdragon 855. Dengan kemampuan kecerdasan dalam peranti yang lebih berkuasa, pembantu maya dan sistem seperti Google Auto Transcribe misalnya boleh dilakukan lebih pantas. Sokongan memori sehingga LPDDR5 juga disokong untuk kepantasan multi-tugas dan aplikasi sebenar.

Pemproses Snapdragon 865 boleh dipadankan dengan modem X55 5G yang memberikan kelajuan muat turun sehingga 7GBps. Akhir sekali terdapat sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.1 lengkap dengan codec audio aptX Adaptive dan Qualcomm TrueWireless Stereo Plus.

Seperti kami laporkan semalam Xiaomi dan Oppo telah mengesahkan penggunaan Snapdragon 865 pada peranti mercu mereka yang akan dilancarkan pada suku pertama 2020.



TIPS & ULASAN