Antara cabaran menjadi ibu bapa di zaman serba pintar ialah memantau aktiviti anak-anak mereka di dunia siber. Media sosial yang pada asalnya menjadi alat untuk membina jambatan silaturahim kini berputar 180 darjah dari fungsi asal kerana pertelagahan pendapat. Instagram hari ini mengumumkan perubahan polisi di mana tarikh lahir perlu diberikan apabila akaun baharu didaftarkan.
Pengenalan ini dilakukan bagi membolehkan kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan pengguna bawah umur dari didaftarkan. Pada waktu ini Instagram hanya membenarkan pengguna berumur 13 tahun ke atas mendaftar akaun. Ini selari dengan pengumuman mereka untuk menghalang kandungan berupa iklan kosmetik dan pil mengurangkan berat badan dari dilihat oleh pengguna bawah umur. Pemegang akaun sedia ada tidak perlu memasukkan tarikh lahir mereka pada waktu ini,
Selain itu ciri menyaring siapa yang boleh menghantar mesej dan memasukkan ke dalam kumpulan juga diperkenalkan. Masalah menerima mesej rawak lucah dari pengguna lain yang tidak diikuti dapat diselesaikan.