Cari @ Amanz

Motorola telah pun sedia hadir dengan beberapa telefon pintar terbaru sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Menambah penawaran mereka lagi, terbaru Motorola telah pun melancarkan Motorola One Hyper.

Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin hampir nirbingkai dihadapan, dan menyembunyikan kamera swafoto pada bahagian pop-naik.

Motorola One Hyper

Motorola One Hyper hadir dengan skrin 6.5-inci pada resolusi 1080×2430 mAh, dijana cip Snapdragon 675, memori 4GB RAM dan storan 128GB. Motorola menggunakan kamera pop-naik 32-megapixel untuk swafoto, dan dwi-kamera belakang dengan gabungan kamera utama 64-megapixel dan lensa ultra-lebar.

Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Motorola turut menekankan yang mana mereka menawarkan Android 10 asli tanpa penambahan pelbagai perisian tambahan yang menganggu.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan ditawarkan pada peringkat global, termasuk di Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd