Samsung Galaxy S11 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Rakaman Video 8K

Samsung Galaxy S11 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Rakaman Video 8K

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

Pada hari ini, sejumlah telefon pintar telah hadir dengan sokongan rakaman video 4K bersama-sama dengannya. Bergerak kehadapan, terkini, ia diperkatakan Samsung mungkin menyertakan sokongan rakaman video 8K pada telefon mercu akan datang mereka.

Galaxy S11 yang dijangka diumumkan pada suku pertama 2020 kelak dijangka akan dijana dengan cip Exynos 990 terbaru – yang sedia menawarkan sokongan berkenaan. Disamping itu, OneUI 2.0 juga turut memperlihatkan beberapa kod pembangunan untuk sokongan video rakaman 8K.

Menurut SamMobile, Samsung dijangka menggunakan kamera 108-megapixel pada Galaxy S11 yang turut dijangka dilengkapi sokongan zum optikal 5x bersama-sama dengannya.

Menjadi kebiasaan untuk Samsung mengumumkan siri Galaxy S sekitar bulan Februari kelak. Dengan maklumat terbaru ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN