Huawei Nova 6 5G Menerima Skor Rakaman Swafoto Tertinggi Di DXOMark

Huawei Nova 6 5G Menerima Skor Rakaman Swafoto Tertinggi Di DXOMark

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

Huawei kini sedia dalam perancangan memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar baru dibawah keluarga Nova, iaitu Huawei Nova 6. Peranti ini dijangka hadir dengan sokongan rangkaian 5G dan dijana menggunakan cip Kirin 990.

Menariknya, Huawei Nova 6 5G ini dilihat kembali kepada fokus asal keluarga Nova, iaitu menawarkan rakaman swafoto yang sangat cantik melaluinya.

Huawei Nova 6 Swafoto

Daripada ujian DXOMark yang dilakukan, mereka memperlihatkan Nova 6 5G sebagai “raja swafoto” yang baru, dan menerima skor sebanyak 100 – melebihi satu mata berbanding Galaxy Note 10 sebelum ini.

Nova 6 ini hadir dengan dwi-kamera hadapan dengan sensor utama 32-megapixel, sensor kedua untuk rakaman sudut lebar, selain turut menawarkan sokongan rakaman video sehingga 4K menggunakan kamera swafoto.

Dengan era sosial pada masa kini, semestinya ramai yang inginkan telefon pintar dengan sokongan swafoto yang menarik – terutamanya jika selalu membuat siaran langsung pada saluran mereka. Peranti ini mungkin menjadi sasaran pengguna berkaitan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei Nova 6 akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia.



TIPS & ULASAN