Lazada Wallet Boleh Digunakan Dibeberapa Kedai Fizikal Bersempena 12.12

Lazada Wallet Boleh Digunakan Dibeberapa Kedai Fizikal Bersempena 12.12

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

Selain daripada jualan promosi 11.11, pelbagai syarikat edagang yang turut dalam persediaan untuk satu lagi jualan penghujung tahun, iaitu 12.12 yang akan berlangsung pada 12 Disember setiap tahun. Untuk tahun ini, Lazada turut tidak ketinggalan untuk promosi berkenaan, dan menariknya kali ini mereka membawa ia setapak lagi kehadapan.

Lazada Wallet

Untuk tahun ini, Lazada akan turut memperluaskan penawaran penggunaan Lazada Wallet untuk kedai-kedai fizikal terpilih. Lazada mengintegrasikan penggunaan ini antara atas-talian dan di kedai fizikal – dimana pengguna boleh membeli beberapa kupon dan baucar untuk digunakan di kedai fizikal berkenaan.

Penggunaan Lazada Wallet di kedai fizikal ini juga adalah terhad mengikut lokasi, dan hanya ditawarkan bersempena 12.12 ini sahaja.

Buat masa ini, pihak Lazada masih tiada perancangan untuk memperluaskan penggunaan Lazada Wallet secara menyeluruh di kedai-kedai fizikal.

Baca : Lazada Wallet Goes Offline



TIPS & ULASAN