Huawei hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Huawei Nova 6. Dua variasi ditawarkan, iaitu versi 4G dan juga versi 5G.
Huawei Nova 6 hadir dengan skrin 6.57-inci dengan resolusi HD+ penuh, dan menggunakan panel LCD, ia dijana cip Kirin 990, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Untuk versi 5G, ia turut hadir bersama-sama dengan modem Balong 5000.
Nova 6 menggunakan kamera belakang gabungan 40MP + 8MP (ultra-lebar) + 8MP (telefoto). Untuk rakaman swafoto pula, ia menyertakan sensor 32-megapixel + 8-megapixel (ultra-lebar).
Untuk bateri, versi 4G menyertakan bateri 4100mAh, sementara versi 5G pula menyertakan bateri 4200mAh.
Di China, Huawei Nova 6 ditawarkan pada harga bermula 3199 Yuan, iaitu sekitar RM1894. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan ditawarkan untuk pasaran global – termasuk Malaysia.