Aplikasi Perakam Suara Pintar Pixel 4, Kini Hadir Untuk Semua Pixel Lama

Aplikasi Perakam Suara Pintar Pixel 4, Kini Hadir Untuk Semua Pixel Lama

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

Pada Google Pixel 4, Google ada menyertakan satu aplikasi eksklusif iaitu perakam suara pintar. Ia adalah aplikasi perakam suara yang lain daripada yang lain dan amat hebat. Seperti mana-mana aplikasi perakam suara, ia bertujuan untuk merakam suara. Tetapi, ia ada fungsi menarik yang mana pengguna boleh mencari segmen-segmen tertentu dalam audio yang dirakam dengan menggunakan kata kunci sahaja. Contoh jika saya ada menyebut perkataan “Pixel” semasa merakam suara, saya hanya isikan perkataan “pixel” di kotak carian dan hasil carian akan memaparkan di saat/minit ke berapa saya menyebut perkataan tersebut.

Kini aplikasi ini, telah diberikan kepada semua pengguna Pixel-Pixel lama iaitu dari Pixel 3a, Pixel 3 sehinggalah Pixel 2016. Aplikasi perakam suara yang diberi nama “Recorder” ini boleh dimuat turun di Play Store atau terus muat turun fail APK sahaja. Walau bagaimanapun, ada beberapa pengguna yang masih gagal dan Play Store memaparkan yang peranti Pixel lama masih tidak menyokong. Mungkin masalah dari bahagian pelayan sahaja. Apa yang menarik lagi dengan aplikasi ini adalah, segala perkara pintar yang berlaku adalah di luar talian dan tidak memerlukan Internet langsung.

Muat Turun Aplikasi “Recorder” Untuk Pixel Di Sini



TIPS & ULASAN