iQOO Neo 855 Racing Edition Dilancarkan, Peranti Snapdragon 855+ Yang Berharga Sekitar RM1500

iQOO Neo 855 Racing Edition Dilancarkan, Peranti Snapdragon 855+ Yang Berharga Sekitar RM1500

Diterbitkan pada Dis 5, 2019 oleh .

iQOO Neo adalah peranti mercu yang sangat murah. Peranti pertama mereka adalah iQOO Neo 845, yang dijana Snapdragon 845 dan dijual pada harga sekitar RM1080. Kemudian, mereka melancarkan pengganti bagi menarik lagi minat orang ramai melalui iQOO Neo 855 yang dijana Snapdragon 855 dan dijual pada harga sekitar RM1183. iQOO Neo ini adalah peranti gaming yang lebih murah berbanding iQOO yang biasa yang mana iQOO ini adalah sub-jenama dari vivo.

Terkini, iQOO telah hadir dengan iQOO Neo 855 Racing Edition. Ia adalah peranti mercu paling murah setakat ini. Ia dijana Snapdragon 855+ dan dijual pada harga sekitar RM1538 sahaja. Skrin yang digunakan adalah S-AMOLED 6.38″ dengan pengimbas  cap jari di bawah serta menggunakan rekaan bertakuk kecil. Paparan peranti ini juga mempunyai pengiktirafan HDR10 dan mempunyai resolusi FHD+ dengan nisbah 19.5:9. Untuk memori ia menggunakan RAM dari 8GB sehingga 12GB dengan storan dalaman 128GB berasaskan UFS 3.0.

Kamera yang digunakan adalah tri-kamera dari lensa 12MP + 8MP sudut ultra lebar + 2MP dan kamera swafoto 16MP. Bateri adalah 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Peranti ini juga mempunyai sistem penyejukan 10 lapis bagi mengawal haba ketika bermain permua. Sistem operasi adalah Monster UI yang berasaskan Funtouch OS 9 yang menggunakan Android Pie. Disebabkan ia adalah peranti gaming, peranti ini turut hadir dengan sistem Game Box dan Game Space 2.5 bagi mengoptimasikan prestasi bermain permua.

Harga jualan di China adalah 2598 Yuan untuk 8/128GB, iaitu sekitar RM1538. Manakala variasi 12/128 GB dijual pada harga 2579 Yuan, iaitu sekitar RM1656.



TIPS & ULASAN