Cari @ Amanz

Apple Dijangka Melancarkan iPhone Tanpa Sambungan Lightning Seawal 2021 – Pengecas Nirwayar Sepenuhnya

Oleh Aman

Link Copied!

Ming-Chi Kuo merupakan salah seorang penganalisa yang sering hadir dengan analisa dan ramalan yang tepat berkaitan Apple. Terbaru, kini beliau berkongsi nota analisa terbaru, menyasarkan Apple untuk memperkenalkan iPhone baru tanpa sambungan Lightning pada 2021 kelak.

Langkah ini akan membuatkan iPhone 2021 berkenaan kelak bergantung kepada pengalaman nirwayar sepenuhnya – untuk pengecasan mahupun sambungan ke komputer.

Apple iPhone 11

Sekiranya ramalan ini adalah tepat, maka ia sekaligus akan membawa kepada era baru yang turut akan memperlihatkan pelbagai pengeluar peranti lain yang mengikut penawaran lebih kurang sama – sekaligus membawa kepada era hidup berasaskan pengecasan nirwayar dengan lebih menyeluruh.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan jangkaan awal ini?


Komen ()