Senarai Spotify Wrapped 2019 Peribadi Kini Boleh Diakses Pengguna

Senarai Spotify Wrapped 2019 Peribadi Kini Boleh Diakses Pengguna

Diterbitkan pada Dis 6, 2019 oleh .

Apakah lagu dan artis yang paling banyak distrim oleh anda pada platform penstriman audio Spotify? Persoalan ini terjawab sekiranya anda mengakses Spotify Wrapped 2019 yang dilancarkan pagi ini. Menerusi ciri ini anda bukan sahaja boleh melihat lagu paling banyak menjadi halwa telinga tetapi turut menganalisa lagu yang paling banyak distrim oleh anda untuk dekad 2010-2019.

Data lain yang dipaparkan ialah genre paling banyak didengari, podcast paling popular, jumlah masa dihabiskan menstrim Spotify dan negara asal usul artis yang distrim. Spotify Wrapped 2019 boleh diakses menerusi laman laman web atau terus dari dalam aplikasi Spotify. Spotify juga menghasilkan senarai lagu kegemaran peribadi bagi setiap pengguna.



TIPS & ULASAN