Carian
PUBG Mobile Akan Menyokong Kadar Segar Semula 90Hz & Warna 10-bit HDR
December 6, 2019 Fahim Zahar

Qualcomm Snapdragon 865 sudah pun diumumkan pada minggu ini. Ia adalah cip pemprosesan untuk peranti mercu pada tahun hadapan dan Xiaomi Mi 10 adalah antara yang pertama akan menggunakan cip ini. Walaupun cip ini 25% lebih hebat dari Snapdragon 855, ia masih belum dapat menandingi Apple A13 Bionic dalam ujian tanda aras untuk satu-teras. Jadi apa yang hebat sangat dengan cip ini?

Sudah tentu untuk peranti Android adalah prestasi dan pengalaman bermain permua yang lebih mengasyikkan. Oleh yang demikian, PUBG Mobile telah mengumumkan dua perkara baharu yang akan diperkenalkan jika permua ini dimainkan pada peranti yang dijana Snapdragon 865. Dua perkara ini adalah, sokongan bermain dalam kadar segar semula 90Hz. Dengan trend banyak peranti mercu mula menggunakan skrin kadar segar semula ini, sokongan seperti ini memang masuk akal. Kerana tidak banyak permua “besar” menyokong mod ini.

Bukan itu sahaja, PUBG Mobile juga akan menyokong paparan 10-bit HDR. Mod ini adalah lebih hebat dari mod HDR yang tersedia dalam permua ini. Apa yang ia boleh lakukan adalah, memberi nilai dynamic range yang lebih baik, dalam, terang atau lebih hidup. Secara tidak langsung grafik akan kelihatan lebih cantik. Bagi yang bermain permua ini, nantikan kemaskini ini sebaik sahaja peranti Snapdragon 865 pertama dilancarkan.

Komen