Netflix Menguji Fungsi “Downloads For You” – Memberi Cadangan Pintar Memuat Turun Kandungan

Netflix Menguji Fungsi “Downloads For You” – Memberi Cadangan Pintar Memuat Turun Kandungan

Diterbitkan pada Dis 6, 2019 oleh .

Pada aplikasi Netflix, ada satu fungsi di tetapan aplikasi yang anda boleh aktifkan iaitu ‘Smart Downloads’. Ia adalah fungsi muat turun pintar yang akan memuat turun episod baharu selepas anda selesai menonton episod sebelumnya. Bukan itu sahaja, ia juga akan memadam secara automatik episod lama tadi bagi menjimatkan lagi ruang storan dalaman pengguna. Terkini, Netflix dilihat sedang menguji fungsi yang lebih kurang sama – tetapi jauh lebih pintar.

Fungsi ini dinamakan “Downloads For You”. Melalui fungsi ini ini, Netflix akan mencadangkan filem atau siri TV yang mungkin anda minati dan belum ditonton. Ia kemudian akan menawarkan sama ada ingin memuat turun atau tidak. Lebih menarik, Netflix juga akan membenarkan anda pilih had saiz berapa GB untuk digunakan. Kemudian setiap kandungan yang dimuat turun boleh diakses di tab muat turun seperti biasa. Tetapi kali ini, semua kandungan akan dipaparkan dalam cards baharu yang lebih kemas dan lebih tersusun. Kemudian bagi menjimatkan kuota data pengguna, fungsi ini hanya terhad digunakan dengan sambungan WiFi sahaja.

Sumber turut  menyatakan yang pada peranti Android, aplikasi Netflix mempunyai bar melaras kecerahan ketikan menonton video. Jadi, pengguna tidak perlu buka talam notifikasi dan menghalang kandungan video ditonton. Fungsi ini sudah terpapar pada peranti Android saya sejak hampir dua bulan lalu. Namun “Downloads For You” ini masih tidak kelihatan. Ia mungkin adalah ujian A/B dan akan hadir kepada umum secara berperingkat.



TIPS & ULASAN