Carian
Pengimbas Cap Jari Qualcomm 3D Max Turut Boleh Mengimbas Nadi
December 6, 2019 Effi Saharudin

Pengimbas cap jari 3D Sonic Max adalah yang pertama menyokong imbasan dua cap jari secara serentak bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan peranti. Satu ciri yang tidak diumumkan pada pelancarannya dua hari yang lalu ialah ia turut boleh berfungsi sebagai pengimbas nadi.

Qualcomm ada membuka reruai menunjukkan kemampuan 3D Sonic Max mengimbas nadi. Peranti demo yang ditunjukkan hanya sekadar skrin dengan pengimbas ini di bawah skrin. Sebelum ini Samsung ada mempatenkan sistem nyahkunci peranti dengan mengimbas nadi pengguna. Sistem ini setahu kami masih belum pernah digunakan pada sebuah telefon pintar. Tetapi sejak Galaxy Note 10, pengimbas cap jari terbina tidak lagi disertakan pada bahagian belakang peranti.

Samsung adalah pengeluar yang menjadi pelanggan pengimbas cap jari ultrasonik Qualcomm. Tidak mengejutkan jika imbasan nadi akan kembali ke peranti mercu mereka.

Komen