Cari @ Amanz

Pelayar web Opera adalah satu lagi pelayar web yang juga terkenal dengan fokus terhadap privasi dan sekuriti pengguna. Pelayar web Opera juga antara yang paling menarik untuk digunakan kerana adanya VPN terbina. Terkini untuk Android, versi 55 telah pun hadir dan Opera membawakan mod tema gelap serba baharu.

Mod tema gelap kali ini membenarkan pengguna melaras suhu warna dan juga tahap malap. Kemudian jika antaramuka tidak cukup gelap, Opera membenarkan pengguna menggelapkan kandungan laman web. Kemudian di dalam tetapan, laman web ini juga boleh diubah tahap malap dana suhu warnanya. Lebih menarik, semasa menggunakan pelayar web ini papan kekunci juga boleh dimalapkan dan kemudian setiap mod tema gelap ini boleh dijadualkan mengikut citarasa pengguna bila ingin diaktifkan secara automatik.

Di dalam segmen berita dalam tab baharu, antaramuka kini dikemaskan dengan lebih baik. Berita kini boleh dipaparkan dari banyak negara, bahasa dan menyokong RTL. Jika menggunakan pelayar web ini pada tablet Android, paparan berita akan menjadi dua kolum. Paling menarik dalam kemaskini ini adalah, menukar antara tab bole dilakukan dengan kawalan gestur menatal dari bawah sahaja. Akhir sekali, beberapa pepijat telah ditampal dan pelayar web ini menyokong Android 10 sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd