Grab sedia memfokuskan kepada penawaran pembayaran nirtunai mereka, GrabPay sejak akhir-akhir ini. Terbaru, di Singapura, Grab telah pun memperkenalkan kad fizikal mereka tersendiri, dinamakan GrabPay Card.
GrabPay Card diperkenalkan hasil kerjasama dengan pihak Mastercard, sekaligus membolehkan pengguna membuat pembayaran di lebih 53 juta kedai seluruh dunia.
Penawaran ini juga sekaligus membolehkan pengguna memantau perbelanjaan melalui aplikasi GrabPay, selain mana turut menerima Grab Rewards untuk perbelanjanaan mereka.
Buat masa ini, Grab hanya menawarkan GrabPay Card ini di Singapura sahaja, dan akan diperluaskan ke Filipina pada awal tahun hadapan. Grab menyasarkan pengenalan di negara-negara lain pada pertengahan pertama 2020 kelak.