Carian
Nokia 2.3 Diperkenalkan Dengan Cip Helio A22, Menjalankan Android One
December 6, 2019 Aman

HMD Global sedia mempunyai sejumlah peranti-peranti menarik pada harga yang sangat kompetitif. Terbaru, menambah kepada koleksi peranti mampu-milik mereka, HMD Global telah pun melancarkan Nokia 2.3.

Nokia 2.3 merupakan telefon pintar berspesifikasi asas, dan hadir bersama sistem operasi Android One.

Nokia 2.3

Ia menggunakan skrin bertakuk 6.2-inci, dijana cip MediaTek Helio A22, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia menyertakan kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 5MP bersama dengannya.

Melengkapkan peranti ini adalah bateri 4000mAh, selain turut dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm bersama-sama dengannya.

Menjalankan telefon pintar ini adalah sistem operasi Android 9.0 Pie, dan dijangka menerima naik-taraf kepada Android 10 tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran Eropah sahaja, dan dijangka ditawarkan untuk peringkat global pada pertengahan Disember ini.

Komen