Samsung Galaxy Fold 2 Dijangka Menggunakan Kamera 108MP

Samsung Galaxy Fold 2 Dijangka Menggunakan Kamera 108MP

Diterbitkan pada Dis 6, 2019 oleh .

Dengan menjelang tahun 2020, pelbagai desas-desus telah mula kedengaran berkaitan telefon pintar generasi baru daripada Samsung. Lanjutan desas-desus mengatakan Galaxy S11 akan menawarkan sokongan rakaman video 8K, kini laporan baru hadir berkaitan dengan Galaxy Fold 2 kelak.

Galaxy Fold baru ini dijangka akan menawarkan rekaan telefon-lipat kebawah seumpama sejumlah telefon sedekad yang baru. Tetapi, berbanding penggunaan papan kekunci fizikal, ia bakal menggunakan skrin sepenuhnya yang dilipat dua – lebih kurang seperti Razr baru-baru ini.

Menurut Bloomberg juga, telefon pintar boleh-lipat daripada Samsung ini bakal menawarkan kamera 108-megapixel bersama-sama dengannya, termasuk sokongan zum optikal sehingga 5 kali.

Disamping itu, ia juga dijangka menawarkan sokongan pengecasan pantas, selain sokongan rangkaian 5G bersama dengannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan melancarkannya secara rasmi. Sekiranya mengikut latar masa tahun ini, kita mungkin melihatnya dilancarkan pada pertengahan pertama 2020 kelak.



TIPS & ULASAN