Cari @ Amanz

Siaran TV digital telah mula diimplementasikan secara meluas di Malaysia sejak bulan lepas. Melaluinya, ia menawarkan kualiti siaran yang lebih baik, disamping pilihan lebih banyak saluran percuma.

Terbaru, penyedia perkhidmatan siaran tv digital, iaitu MYTV Broadcasting telah mengeluarkan notis, meminta pengguna untuk membuat penalaan semula dekoder atau IDTV.

MYTV Broadcasting mengatakan kerja naiktaraf sistem pancaran siaran digital DTT, yang mana akan membawa kepada perubahan frekuensi.

Pengguna di Langkawi, Pahang dan Kuala Lumpur akan terkesan – dan naik-taraf ini akan dilakukan secara berperingkat bermula 10 Disember 2019 ini. Naik-taraf akan dilakukan antara 1230 tengah malam sehingga 6 pagi pada tarikh-tarikh kawasan berkaitan.

MYTV DTT2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd