Oppo pada tahun ini telah hadir dengan beberapa telefon pintar menarik, termasuk dibawah Reno 10x Zoom yang memfokuskan kepada rakaman gambar yang baik melaluinya.
Telefon pintar ini menyertakan tri-kamera belakang dengan kamera utama 48-megapixel, selain turut menyertakan sensor 8-megapixel ultra-lebar dan juga sensor 13-megapixel telefoto.
Terbaru, pihak DXOMark telah menguji perisian terbaru yang akan hadir pada Oppo Reno 10x Zoom yang dijangka ditawarkan pada Januari 2020 kelak, sekaligus memberikan skor sebanyak 116 secara keseluruhan untuknya.
Skor ini turut meletakkan peranti ini setara dengan Huawei P30 Pro yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini.
Menurut DXO, ia menawarkan keadaan rakaman yang baik pada keadaan cahaya cerah mahupun malap, selain prestasi zum yang baik pada jarak medium. Ia juga dilihat menawarkan penstabilan video yang efektif ketika rakaman, termasuk sokongan autofokus yang pantas bersama dengannya.
Di Malaysia, pihak Oppo menawarkan peranti ini pada harga RM3399, dan ia hadir dengan 12GB RAM bersama-sama dengannya.