Cari @ Amanz

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kita telah mendengar desas-desus mengatakan Apple dalam persediaan melancarkan iPhone SE2 – sekaligus membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan telefon pintar Apple pada harga lebih mesra poket berbanding penawaran hari ini.

Menariknya, terbaru, mengikut laporan Macotakara, mereka memetik sumber dalaman mengatakan Apple mungkin melancarkan iPhone SE2 dengan nama iPhone 9. Hal ini adalah kerana ia lebih menyerupai iPhone 8 sebelum ini, tetapi hadir dengan cip Apple A13 terbaru.

Menurut desas-desus sebelum ini, telefon pintar ini dikatakan akan hadir pada awal tahun 2020 kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai peanwaran peranti terbaru daripada Apple ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd