Google Chrome Bakal Memperkenalkan Sokongan Menjana Pautan Dalam Bentuk Kod QR

Google Chrome Bakal Memperkenalkan Sokongan Menjana Pautan Dalam Bentuk Kod QR

Diterbitkan pada Dis 9, 2019 oleh .

Google sering bereksperimen dengan ciri-ciri baru pada pelayar web Chrome mereka. Terbaru, melalui versi pembangunan Chrome Canary, ia dilihat Google bakal hadir dengan sebuah ciri baru, iaitu kemudahan perkongsian pautan melalui kod QR yang dijana terus melalui pelayar web berkenaan.

Ciri ini telah pun disertakan pada Chrome Canary, tetapi masih belum boleh digunakan sepenuhnya.

Chrome Canary QR

Dengan adanya ciri ini, pengguna boleh klik-kanan pada mana-mana pautan, dan menjana kod QR terus pada pelayar web berkenaan. Kod berkenaan seterusnya boleh dikongsikan kepada rakan-rakan lain dengan mudah.

Sekiranya semua berjalan lancar, ciri ini mungkin diperkenalkan kepada semua pengguna pada 2020 kelak. Namun, ia tidak diketahui lagi sama ada ciri ini akan digunakan secara meluas ataupun tidak.



TIPS & ULASAN