Cari @ Amanz

Realme agak aktif dalam pengenalan peranti baru di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Selain pelancaran Realme X2 Pro baru-baru ini, kini pihak Realme menjadualkan pengenalan Realme 5s tidak lama lagi.

Realme 5s

Realme 5s merupakan kemaskini kepada Realme 5 sebelum ini, dimana ia kekal hadir dengan skrin 6.5-inci, dijana cip Snapdragon 665, memori 4GB RAM dan storan 128GB.

Realme 5s

Menariknya, kini ia hadir dengan kamera utama 48-megapixel menggunakan sensor Samsung dibelakang, selain dilengkapi kamera 8MP untuk rakaman sudut luas, 2MP untuk rakaman makro dan juga 2MP untuk depth. Peranti ini turut hadir dengan bateri 5000mAh bersama dengannya.

Realme Malaysia menjadualkan pengenalan pada 12 Disember 2019 ini, dimana kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran harga dan tarikh jualannya secara rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd