Cari @ Amanz

Selari dengan pengumuman TuneTalk, kini pihak Celcom telah mengeluarkan notis rasmi, mengatakan pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom mungkin mengalami gangguan pada perkhidmatan data dan panggilan dari 9 Disember hingga 13 Disember 2019 kelak.

Gangguan ini hadir disebabkan oleh aktiviti berkaitan dengan rangkaian – termasuk penyelenggaraan. Pihak Celcom mengatakan mereka telah mengambil beberapa langkah dalam mengurangkan kesan gangguan ini kepada pelanggan.

Apa pun, gangguan ini tidak melibatkan semua pelanggan seluruh negara, dan hanya melibatkan sejumlah kawasan sahaja. Antara kawasan yang terlibat dengan gangguan ini adalah termasuk Lembah Klang, Selangor, Sabah dan juga Johor.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd