Cari @ Amanz

Huawei sebelum ini telah pun memperkenalkan sistem operasi mereka tersendiri, dinamakan Harmony OS. Melaluinya, ia menawarkan pengalaman yang selari pada pelbagai saiz peranti berbeza – daripada telefon pintar sehinggalah kepada kaca televisyen dan sebagainya.

Buat masa ini, Huawei hanya mempertontonkan ia melalui penawaran televisyen pintar Honor. Namun, ini tidak mengehadkan pihak Huawei untuk berkongsi perancangan lanjut berkaitan dengannya.

Bercakap mengenainya, Huawei mengatakan HarmonyOS akan ditawarkan dalam bentuk kod sumber terbuka seawal Ogos 2020 kelak. Ini sekaligus akan membuka peluang kepada para pembangun mengakses, mengubah-suai dan membangunkan pelbagai perkara menggunakannya.

HarmonyOS juga dijangka akan diperkenalkan pada telefon pintar, tablet dan peranti-peranti lain pada masa akan datang. Tetapi, Huawei turut menekankan yang mana sistem operasi Android masih menjadi pilihan utama syarikat mereka buat masa ini untuk telefon pintar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd