Cari @ Amanz

Dalam banyak perkara seharian, apakah yang anda selalu lakukan dengan telefon pintar kegemaran anda? Tidak dinafikan telefon pintar kini seolah-olah menjadi peranti yang sangat diperlukan sepanjang hari dan penggunaannya pula berbeza mengikut selera pengguna.

Jika anda inginkan peranti lebih untuk tujuan hiburan, seperti untuk bermain permainan sepanjang hari mahupun menonton drama kegemaran, anda perlukan peranti yang mempunyai kapasiti bateri tinggi serta kapasiti storan yang besar dan juga paparan yang luas, besar dan cantik.

HONOR 9X menepati keperluan diatas dan hanya tiga sebab diperlukan untuk meyakinkan anda memiliki peranti ini.

Kapasiti Bateri 4,000 mAh

Perkara pertama yang perlu dititikberatkan bagi melakukan maratonton drama dan filem, dan juga bermain permainan untuk jangkamasa panjang adalah kapasiti bateri yang besar. Kapasiti bateri yang besar dapat memastikan pengalaman menonton tanpa gangguan, dan tanpa perlu membawa powerbank malah tak perlu terasa terikat dengan kabel pengecasan.

HONOR 9X memiliki bateri berkapasiti 4,000 mAh. Bukan calang-calang peranti yang memiliki kapasiti bateri sebegini. Ia membolehkan pengguna HONOR 9X melakukan maratonton filem dan drama sehingga 7-8 jam secara terus menerus. Sebagai perbandingan, anda boleh menonton keseluruhan 13 episod musim pertama Ejen Ali menerusi Netflix sekitar 5 jam, dengan baki 2 jam boleh digunakan untuk menonton filem pertama Boboiboy di YouTube.

Paparan 6.59-inci IPS LCD Yang Luas Dan Besar

Apabila memilih peranti untuk tujuan hiburan, paparan LCD yang luas dan besar merupakan syarat wajib. Ini kerana paparan yang kecil tidak menjanjikan pengalaman yang baik, seolah-olah anda sedang hidup 10 tahun yang lalu. Dan dengan paparan yang kecil, tidak banyak perkara dapat dilihat, menjadikan pengalaman menonton tidaklah sebaik mana dan mungkin, lebih baik tidur sekiranya anda dalam perjalanan jauh.

HONOR 9X menyertakan paparan IPS LCD 6.59-inci dan paparan ini turut menjanjikan kecerahan yang tinggi. Pada kecerahan yang tinggi, pengguna juga boleh membawa peranti ini bersama sewaktu berkelah, atau melakukan aktiviti rekreasi di luar dan turut serta menonton rancangan kegemaran. Satu lagi perkara adalah ia mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91%, dan peranti tampak lebih cantik dan sememangnya dibina untuk tujuan hiburan.

Kapasiti Storan 128GB dan Menyokong Storan Kad Mikro-SD

Dengan peranti yang mempunyai kapasiti bateri yang besar dan juga paparan yang besar, anda pastinya perlukan kapasiti storan bagi memuatkan segala macam isi kandungan hiburan pada peranti. Aplikasi yang menyokong storan luar talian seperti Netflix, YouTube pastinya dapat digunakan dengan baik sekiranya terdapat kapasiti storan yang besar.

Pengguna HONOR 9X tidak perlu risau kerana peranti ini menyertakan kapasiti storan terbina sebanyak 128GB. Ia menyamai kapasiti storan yang kini disediakan oleh peranti-peranti mercu, dan pengguna tidak perlu risau untuk storan yang terhad. Malah sekiranya rasa tidak cukup, pengguna boleh menaiktaraf storan menggunakan slot kad Mikro-SD dan boleh ditambah sehingga 512GB dan ini menjadikan pengguna tidak akan kunjung putus dengan hiburan.


Dengan memiliki telefon pintar HONOR 9X ini, anda bukan sahaja boleh mendapatkan prestasi permainan yang lebih baik, malah anda juga boleh mendapatkan pengalaman menonton drama yang lebih memuaskan. Selain dari tiga sebab diatas, HONOR 9X ini juga menyertakan tri kamera utama yang baik iaitu gabungan 48MP + 2MP (depth) + 8MP (ultra-lebar) serta turut menyokong perkhidmatan Google Mobile Services. Jadi, bagi anda yang berminat, telefon pintar ini sudahpun boleh didapati pada harga RM999 melalui kedai atas talian HONOR dan juga pengedar pengedar rasmi mereka.

Penafian : Advertorial daripada HONOR Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd