Cari @ Amanz

Vivo hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaru mereka, iaitu Vivo V17. Ia hanya dilancarkan di India sahaja buat masa ini, dan dijangka akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Vivo V17

Vivo V17 hadir dengan skrin 6.44-inci Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 675, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB UFS 2.1.

Telefon pintar ini menggunakan empat kamera belakang, iaitu sensor utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (potrait) + 2MP (makro). Selain itu, ia menyertakan kamera 32-megapixel untuk rakaman swafoto.

Vivo V17 turut hadir dengan sokongan bicu audio, dan juga bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan 18W. Telefon pintar ini menjalankan Android 9.0 Pie dengan antaramuka FunTouch OS, selain mana turut menyertakan pengimbas cap jari pada skrin.

Buat masa ini, peranti ini telah pun memasuki pengesahan Sirim, dan dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd