Microsoft Akan Menamatkan Aplikasi Wunderlist Pada 6 Mei 2020

Microsoft Akan Menamatkan Aplikasi Wunderlist Pada 6 Mei 2020

Diterbitkan pada Dis 10, 2019 oleh .

Microsoft sebelum ini telah mengambil-alih aplikasi Wunderlist, iaitu salah satu aplikasi untuk mencatat perkara dan nota ringkas pada 2015 yang lepas. Sejak daripadanya, Microsoft turut telah hadir dengan aplikasi mereka tersendiri dinamakan To Do.

Wunderlist

Kini, seperti dinantikan ramai, aplikasi Wunderlist akan ditamatkan oleh Microsoft secara rasminya pada 6 Mei 2020 kelak.

Microsoft mengatakan tiada lagi pendaftaran baru akan diterima aplikasi berkenaan bermula hari ini, dan pengguna diminta untuk menggunakan aplikasi Microsoft To Do yang menawarkan ciri yang lebih banyak untuk pengguna.

Sebelum ini, pengasas Wunderlist pernah tawar secara terbuka untuk membeli kembali aplikasi berkenaan, tetapi nampaknya ia tidak diterima oleh Microsoft.


TIPS & ULASAN