Carian
Huawei Memperkenalkan Berkas Kehidupan Pintar 2020 – Bermula Dari RM8.97 Sehari
December 10, 2019 Fahim Zahar

Huawei Mobile Services adalah ekosistem baharu dari Huawei. Ia adalah pengganti kepada GMS, iaitu Google Mobile Services. HMS masih baru lagi, jadi tidak banyak aplikasi atau perkara lain yang boleh dilakukan pengguna seperti GMS.

Oleh yang demikian, Huawei memperkenalkan “Together 2020 Huawei Smart Life Package“. Ia adalah berkas jualan kehidupan pintar, bagi menggalakkan pengguna beralih ke ekosistem HMS sepenuhnya. Melaluinya, Huawei menawarkan bayaran ansuran dari  serendah RM8.97 sehari. Jualan berkas ini hanya boleh didapatkan di Huawei Experience Store (HES) sahaja dan berikut adalah berkas-berkas yang ditawarkan;

1. Smart Fans Flagship Combination

Huawei Mate 30 Pro, Huawei Matebook 13 i7, Huawei Watch GT 2 (46mm), Huawei FreeBuds 3, Huawei Q2 Pro & Huawei X Gentle Monster

2. Smart Student Combination

Huawei Nova 5T, Huawei Matebook 13 i5, Huawei Watch GT 2 (46mm), Huawei FreeBuds 3.

3. Sports & Health Combination

Huawei Nova 5T, Huawei Watch GT 2 (46mm), Huawei FreeBuds 3, Huawei Body Scale (generasi pertama).

4. Smart Work Style Combination

Huawei Mate 30 Pro, Huawei Matebook 13 i5, Huawei Watch GT 2 (46mm), Huawei FreeBuds 3.

5. Smart Travel Essentials Combination

Huawei Mate 30 Pro, Huawei MediaPad M5 10.8″, Huawei FreeBuds 3, Huawei X Gentle Monster

6. Smart Games Combination

Huawei Mate 30 Pro, Huawei Matebook 13 i7, Huawei FreeBuds 3, Huawei Q2 Pro

Menjadikan tawaran berkas ini lebih menarik adalah, di HES pengguna boleh memilih pakej sendiri mengikut citarasa masing-masing. Jadi, pengguna tidak terikat dengan berkas yang disediakan Huawei.

Komen