Cari @ Amanz

Minggu ini, jualan akhir tahun Y.E.S dan 12.12 akan bermula. Pelbagai gajet-gajet menarik yang boleh anda beli dengan harga yang sangat murah. Huawei juga tidak ketinggalan, kerana mereka juga akan memotong harga-harga produk mereka pada harga yang tidak masuk akal.

5-11 Disember 2019

  • Baucar sehingga RM200 akan disediakan dan pengguna boleh simpan dan beli barangan Huawei pada 12 Disember.
  • Huawei WiFi WS5200 hanya RM99 pada 12pm -1pm. Harga asal RM169.

Huawei juga memperkenalkan “Wednesday Accessories” pada 11 Disember sahaja. Pada tarikh ini, pengguna boleh dapatkan pelbagai aksesori lain yang terpilih dengan potongan harga 20% dan penghantaran percuma.

12 Disember, 12am-1am, RM12

  • Huawei P30 Pro 8/512 GB, harga asal RM3,899
  • Huawei Backup Storage, harga asal RM599
  • Huawei TalkBand B5, harga RM599
  • Huawei FreeBuds Lite, harga asal RM559

Jika pengguna terlepas jualan tengah malam tadi, peranti-peranti lain Huawei masih kekal dijual pada harga murah. Lebih-lebih lagi peranti yang sudah lama dilancarkan. Berikut adalah senarai;

  • Huawei Watch GT, RM399 (asal RM799)
  • Huawei Band 4, RM89 (asal RM139)
  • Huawei Mate 20, RM1199 (asal RM2099)
  • Huawei MediaPad T5, RM599 (asal RM899)

Untuk produk-produk yang boleh dikatakan baru seperti siri P30 dan tablet M5 Lite, Huawei bukan sahaja menjual pada harga yang lebih murah – tetapi turut menawarkan hadiah menarik percuma.

  • Huawei P30 Pro, RM2799 (asal RM2999) dengan percuma Huawei Freelace.
  • Huawei P30, RM1799 (asal RM1999) dengan percuma Huawei AM61 Bluetooth Earphone.
  • Huawei M5 Lite, RM1099 (asal RM1299) dengan percuma papan kekunci boleh lipat.

Jualan Huawei tidak berhenti di sini. Seperti yang saya katakan tadi, ada baucar menarik sehingga RM200 yang boleh ditebus bukan sahaja di laman web rasmi Huawei – tetapi juga kedai atas talian rasmi di Lazada. Jika anda ingin terokai apa lagi tawaran menarik dari Huawei, layarai laman web rasmi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd