Siri Peranti Microsoft Surface Terkini Boleh Dibeli Bermula Hari Ini

Siri Peranti Microsoft Surface Terkini Boleh Dibeli Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada Dis 10, 2019 oleh .

Beberapa minggu yang lalu, kami telah melaporkan bahawa Microsoft Malaysia telah mula membuka pra-tempah untuk peranti-peranti Microsoft Surface terbaru mereka, iaitu Microsoft Surface Pro 7 dan juga Microsoft Surface Laptop 3.

Surface Pro 7

Bermula dengan Surface Pro 7, tablet 12.3 inci ini yang menggunakan paparan PixelSense ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel generasi kesepuluh (sehingga Intel Core i7-1065G7) yang menjanjikan prestasi 2.3 kali ganda lebih berkuasa daripada peranti Surface Pro generasi sebelum ini, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan selama 10.5 jam, Microsoft Surface Pro 7 ini adalah peranti yang cukup sesuai sekali jika anda sering melakukan tugasan-tugasan syarikat diluar pejabat.

Surface Laptop 3

Komputer riba Surface Laptop 3 pula hadir dengan dua pilihan saiz paparan, termasuklah yang bersaiz 13.5 inci dan juga 15 inci. Sama dengan Surface Pro 7, komputer riba ini juga menggunakan panel PixelSense untuk paparannya, pada resolusi yang sangat tinggi.

Dari segi spesifikasi dalaman, ia juga dilengkapi dengan CPU Intel generasi kesepuluh (sehingga Intel Core i7-1065G7), memori DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD PCIe sehingga 256GB.

Bagi para peminat AMD, Microsoft Malaysia juga akan membawa masuk peranti Microsoft Surface Laptop 3 15 inci yang dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 5 3580U yang turut mempunyai spesifikasi memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD PCIe 256GB, Model ini hanya boleh dibeli di kedai Harvey Norman pada dua bulan pertama jualan.

Tanda-tanda harga untuk peranti-peranti ini adalah seperti berikut:



TIPS & ULASAN