Mac Mini ialah komputer desktop paling mampu milik ditawarkan oleh Apple. Saiznya yang amat padat juga mengakibatkan ia hanya ditawarkan dengan kad grafik terbina serta pilihan menaiktaraf yang amatlah terhad. Kepada pemilik Mac Mini yang mungkin ingin menikmati kuasa memproses setaraf profesional, dermaga ANIMAIONIC telah dihasilkan.
Dermaga ini membolehkan sehingga dua kad grafik dan storan SSD sehingga dan 8TB ditambah. Turut disertakan ialah satu slot pembaca kad SD pada bahagian hadapan. Menurut pereka ANIMAIONIC, dermaga mereka akan membolehkan Mac Mini digunakan sebagai desktop yang menghasilkan grafik 3D.
Projek ini sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama KickStarter pada harga bermula dari £699 (~RM 3825) untuk dermaga kosong atau £2,599 (~RM 14222) untuk dermaga dengan dua kad grafik Radeon RX5700XT dan storan SSD 8TB.