Cari @ Amanz

Bagi mengurangkan harga jualan peranti, Samsung akan mengeluarkan peranti di China menerusi syarikat ODM. Ini dilakukan selepas mereka menutup kilang pengeluaran telefon pintar mereka di China selepas pegangan pasaran mereka di negara tersebut merosot. Terkini menurut laporan laman China Times, peranti kelas pertengahan Samsung akan menggunakan pemproses 5G keluaran MediaTek.

MediaTek MT6885 dan MT6873 adalah pemproses kelas pertengahan yang menyokong rangkaian 5G. Penggunaan cip Mediatek akan membolehkan harga jualan peranti kelas pertengahan Samsung menjadi lebih mampu milik pada tahun 2020. Pada waktu ini kesemua peranti kelas pertengahan mereka menggunakan cip MediaTek dan kelas pertengahan tinggi seperti A80 menggunakan cip keluaran Qualcomm.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd